Gabungan Profesional Dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor atau nama ringkasnya GIBS diluluskan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di bawah akta Pertubuhan 1966 pada 17 Jun 1986 atas nama asalnya Gabungan Ikhtisas Dan Usahawan Bumiputra Anak Selangor.
Mesyuarat Agung Tahunan GIBS Kali Ke 32 pada 28 April 2018 telah meluluskan pertukaran nama baharu kepada Gabungan Profesional Dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor. ROS seterusnya telah meluluskan pertukaran nama baharu tersebut pada 22 Jun 2018.
Penubuhan GIBS diperingkat awal ialah diatas kesedaran para profesional dan usahawan Melayu dikalangan anak jati negeri Selangor yang menyedari bahawa perlu wujud satu organisasi daripada golongan profesional dan usahawan untuk menyumbang lebih efektif kepada pembangunan ummah negeri Selangor.
Golongan tersebut juga tidak mahu terpinggir bagi mendapatkan peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan di jabatan kerajaan, anak syarikat dan sektor swasta di negeri mereka sendiri.
Pengasas awal bagi penubuhan sebuah pertubuhan yang menggabungkan para profesional dan usahawan Melayu di negeri Selangor sehingga tertubuhnya GIBS termasuklah Allahyarham Haji Abd. Latif B. Mohd Arippin, Yang Dipertua GIBs Pertama (1986-1988),
Dr. Mohammed Noor B. Hashim, Yang Dipertua GIBS Kedua (1988-1990), Allahyarham Hj. Hashim B. Abdullah dan ahli-ahli lain yang turut terlibat untuk penubuhan GIBS pada masa itu.
Sejak penubuhannya GIBS yang diterajui oleh Allahyarham Haji Abd. Latif B. Mohd Arippin, Yang Dipertua Pertama (1986-1988), Dr. Mohammed Noor B. Hashim, Yang Dipertua Kedua (1988-1990), Dato’ Haji Mohd Karim B. Haji Abdullah Omar, Yang Dipertua Ketiga (1990-2004), Haji Takril B. Tasuki, Yang Dipertua Keempat (2004-2010), Haji Hashim B. Sibelik, Yang Dipertua Kelima (2010-2014) dan
YBhg. Dato' Dr. Hj. Muhammad Arif B. Mohd Hashim, Yang Dipertua Keenam (2014-2020) telah memberi sumbangan yang amat besar dan bernilai dalam perancangan dan pembangunan termasuk untuk memartabatkan Islam, kemajuan Melayu dan ummah, ekonomi, keusahawanan, sosial dan pendidikan di negeri Selangor dan negara.
Ini dilakukan melalui penyertaan dalam pelbagai sumbangan pandangan ilmiah, perbincangan dikalangan pembuat keputusan tertinggi negeri, konsultansi, bimbingan dan sumbangan kepada kumpulan yang akan dapat manfaatnya.
Kini, GIBS telah melangkah ke depan yang lebih mapan dan gemilang lagi. GIBS Ecotourism Resort yang diluluskan pendaftaran oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai lesen perniagaan daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
Ia menjadi pemangkin kepada kecemerlangan organisasi ini. GIBS Ecotourism Resort telah dibangunkan atas tanah GIBS sendiri seluas 35 ekar di lot 36837, Jalan Ulu Yam, Selangor dan dimiliki sepenuhnya oleh GIBS.
Resort yang luas ini dan jaraknya hanya 8 kilometer daripada Selayang, Selangor mengandungi didalamnya hutan asli, bukit asli, sungai dan ratusan pelbagai pokok buah-buahan.
Resort ini amat sesuai untuk mengadakan pelbagai program dan aktiviti termasuk latihan dan pembangunan insan, penginapan chalet, hari keluarga, aktiviti riadah sungai, riadah hutan dalam bandar serta pelancongan taman buah-buahan tropikal ecotourism.
Pelanggannya terdiri dikalangan jabatan kerajaan, korporat dan swasta, sekolah, institusi pengajian tinggi dan juga kunjungan beramai-ramai untuk pengukuhan semangat pasukan dan aktiviti riadah untuk kumpulan, pengukuhan semangat pasukan dan aktiviti riadah untuk kumpulan, warisan daripada berbilang keluarga, keluarga, suami isteri dan individu.
Sama-samalah rakyat negeri Selangor dan negara mengunjungi dan turut serta menjayakan resort ini agar GIBS terus dapat menyumbang kepada pembangunan ummah dalam berbagai cara di negeri Selangor dan negara.
YBhg. Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof
P.S.M.,P.S.D., S.P.M.S,D.C.S.M.,D.S.S.A., S.M.S.,K.M.N.,A.M.N.
Tuan Haji Ramlan B. Haji Husain
Berita Harian (12 Julai 2017)
Muka surat 35
Berita Harian (21 Mei 2015)
Muka surat 34
Dimiliki oleh GIBS
Di Ulu Yam, Selangor
82A, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23, 40300 Shah Alam, Selangor
+ (603) 5543-2584
+ (603) 5542-2579 (Faks)
enquiry@gibs.org.my