KEBAJIKAN AHLI DAN KEBAJIKAN UMMAH

KEBAJIKAN AHLI

GIBS dan ahli ibarat air dengan tebing yang tidak dapat dipisahkan. GIBS menjadi payung kepada ahli-ahlinya yang sentiasa berperanan bagi memajukan ahli-ahli dalam aspek kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan seperti tujuan dalam sejarah awal penubuhan GIBS pada 17 Jun 1986.

KEBAJIKAN UMMAH

GIBS sebagai badan bukan kerajaan (NGO) di negeri Selangor memainkan peranan bagi memperkasakan ummah dalam aspek akidah, sosial, pendidikan, kekeluargaan dan ekonomi. Ahli-ahli profesional GIBS yang mempunyai pelbagai latar belakang bidang kerjaya yang cemerlang telah dan akan terus menyumbang kepada ummah di negeri Selangor dan negara melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dari semasa ke semasa.

PEMERKASAAN PROFESIONAL

PEMERKASAAN PROFESIONAL

Penubuhan GIBS yang menggabungkan para profesional dan usahawan bumiputera anak Selangor adalah untuk sama-sama menyumbang dalam perancangan, pembangunan fizikal dan masyarakat di negeri Selangor dan negara. Selain itu ialah bagi mewujudkan rangkaian di antara ahli, badan korporat, badan berkanun dan kerajaan negeri Selangor serta Persekutuan.

PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN INSAN

PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN INSAN

GIBS sentiasa prihatin bahawa ahli-ahlinya yang terdiri daripada kalangan profesional yang memegang jawatan tinggi dan penting dalam pelbagai jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi, badan korporat dan swasta adalah hasil daripada kejayaan mereka dalam bidang pendidikan. Ilmu serta kejayaan yang dicapai wajar dikongsi bersama pelajar-pelajar. Jesteru GIBS telah melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pendidikan dan pembangunan insan.

KEUSAHAWANAN

KEUSAHAWANAN

GIBS dan keusahawanan adalah entiti yang saling berkaitan kerana ahli-ahlinya juga merupakan para usahawan yang berjaya dan telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi di negeri Selangor dan negara. GIBS berperanan untuk mewujudkan jaringan perniagaan bagi merealisasikan usahawan yang berjaya dikalangan ahli-ahli dan ummah.  

KESEJAHTERAAN UMMAH

KESEJAHTERAAN UMMAH

GIBS yang ahli-ahlinya beteraskan kepada agama Islam dan Melayu sentiasa mengangkat tinggi konsep kesejahteraan ummah. Justeru itu, GIBS sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat memberi pencerahan, kefahaman dan percambahan ilmuyang berkaitan dengan pelbagai cabang ilmu agama Islam dengan menjemput tokoh-totkoh agamawan dalam bidangnya dan menyantuni pelajar-pelajar tahfiz serta anak-anak remaja sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ummah pada masa depan.