GIBS ECOTOURISM RESORT

GIBS ECOTOURISM RESORT

Menikmati alam semulajadi untuk 'Kekal Sihat Bersama Alam Semulajadi’ (Stay Healthy With Nature) bersama keluarga

01

Pengenalan

GIBS Ecotourism Resort mula dibangunkan pada tahun 2016 di kawasan seluas 35 ekar di Jalan Ulu Yam, Selangor. Resort ini adalah 100% milik penuh Gabungan Profesional Dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS). Lokasinya amat strategik dan hanya 30 kilometer daripada Bandaraya Kuala Lumpur. Resort ini berkonsepkan ‘Kekal Sihat Bersama Alam Semulajadi’ (Stay Healthy With Nature) iaitu adanya riadah di dusun durian, rambutan dan buah-buahan teropika yang lain, kehijauan hutan simpan, gunung ganang di sekelilingnya yang boleh dibimbing untuk diterokai dan riadah air di Sungai Batu, menuju ke Empangan Batu yang mengalir melalui resort ini.
Resort ini mengadakan pelbagai program dan aktiviti latihan, pembangunan insan, penginapan chalet, perkhemahan, riadah, rentas halangan (obstacle), hari keluarga dan aktiviti riadah sungai. 

SOP Covid-19 GIBS

Pada masa Covid-19, program pembangunan dan pengukuhan kekeluargaan dan pasukan pasca Covid-19 (Post Covid-19 Team Building) mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sesuai diadakan di resort ini.

Info Tambahan

Info lain berkaitan GIBS Ecotourism Resort ialah nombor syarikat: 1251937-T, nombor permit Majlis Perbandaran Selayang: 18/7AB/8/20, nombor lesen perniagaan Majlis Perbandaran Selayang: 2/6-426(S) dan nombor pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia: K10343352302114654.

Pakej Disediakan

PAKEJ

1. Team Building
2. Family Day
3. Training Services
4. Penginapan yang bersesuaian
5. Pusat Latihan
6. Perundingan sesi taklimat dan pencerahan pelbagai        agensi
7. Dan lain-lain

Aktiviti Tanah

Obstacle (Rentas Halangan).
Lari Kapit Bola
Tarik Tali
Tiup Belon
Boling Kelapa
Ping Pong Spoon
Terompah Gergasi
Limbo Rock
Lumba Lari
Mumia Cantik
Pancing Botol
Lumba Batu Bata
Isi Air Dalam Botol
Wall Climbing
Tiup Tepung
Explorace
Belonku Sayang
Memanah
Lumba Lari Kaki Tiga
Berkhemah
Straw dan Getah
BBQ
Lumba Lari Dukung Pasangan

Aktiviti Sungai

Mandi Sungai
Pillow Boxing
Lumba Lari Dalam Air
Terapung Paling Lama
Basket Ball Air
Kuda Laut
Bawa Ping Pong Dalam Air
Cari Guli Dalam Air
Belonku Sayang
River Crossing
Tuibing

Aktiviti Gunung

Jungle Tracking
Night Walk
Treasure Hunt
Flying Fox
Abseiling
High Rope

Fasiliti Disediakan

20 Chalet Kontena Sutire
10 Asrama Kontena Suite
Dewan Terbuka & Tertutup
Kawasan Perkhemahan
Kanopi
Surau
Kafeteria

GALERI GAMBAR GIBS ECOTOURISM RESORT

FAQ

Daya tarikan utama ialah kehijauan hutan simpan semulajadi, bukit bukau disekelilingnya, Sungai Batu yang mengalir melalui GIBS Ecotourism Resort menuju ke Empangan Batu dan dusun buah-buahan tropika dalam kawasan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kadar bayaran masuk yang dikenakan ialah RM3.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak.

Waktu beroperasi ialah jam 9.00 pagi hingga 12.00 malam bagi yang tidak menginap.

Parkir kereta yang selamat dalam kawasan berpagar telah disediakan. Ia boleh menempatkan hampir 100 kereta dengan kadar bayaran hanya RM2.00 sahaja untuk sekali masuk. Keselamatan kereta adalah tanggungjawab sendiri. Walaubagaimana pun, usaha untuk kawalan keselamatan dalam kawasan berpagar di GIBS Ecotourism Resort telah dilaksanakan.

Kemudahan penginapan yang disediakan ialah chalet moden, asrama, wakaf dan tapak perkhemahan.

Kemudahan lain yang disediakan ialah surau, tandas awam, dewan aktiviti, kafetaria, padang-padang aktiviti, dusun buah-buahan tropika dan pokok hutan semulajadi untuk rekreasi dalam kawasan berpagar seluas 35 ekar.

Terdapat kafe yang selesa di dalam kawasan GIBS Ecotourism Resort yang menyediakan tempahan makanan untuk semua aktiviti, program dan majlis.

Pelbagai pakej program untuk keluarga, jabatan kerajaan, badan korporat, swasta, sekolah, institusi pengajian tinggi dan lain-lain disediakan seperti dalam website GIBS.

Maklumat lanjut, sila hubungi pegawai pemasaran kami, En. Akmal Faiz 013-2788285 atau Puan Suraya 010-4421312

HUBUNGI KAMI

ALAMAT

GIBS Ecotourism Resort
Lot 36837, Jalan Sungai Tua, 68100 Batu Caves, Selangor

TELEFON

+6 (03) 55455044 (GIBS ECO HQ)
+6 (01) 32788285 (AMIRUL)
+6 (01) 04421312 (SURAYA - PEJABAT)

EMAIL

gibsecotourismresort@gibs.org.my

Borang Maklumbalas Kepuasan Pelanggan

Sila imbas kod QR di sebelah