Bagi anda yang menginginkan udara segar dan pemandangan hijau yang mempersona dan menenangkan, tempat kami adalah pilihan yang tepat untuk merehatkan minda anda dan keluarga, lari seketika daripada kesesakan bandar dan menghabiskan waktu hujung minggu bersama isteri dan anak-anak tersayang
Bagi organisasi yang menginginkan aktiviti bina pasukan dan kepimpinan yang berprestasi tinggi.
Jom! manfaatkan peluang ini untuk membina pasukan kerja yang cemerlang di GIBS Ecotourism Resort yang menawarkan aktiviti latihan dan program yang dapat menggabungkan pengetahuan dan kemahiran secara sinergetik untuk menghasilkan prestasi kerja produktif dan kepimpinan yang efektif.
Daya tarikan utama untuk menikmati sungai semulajadi yang dapat memberikan ketenangan dan keseronokan berada dalam alam kehijauan semulajadi menerusi rekreasi sungai.
GIBS Ecotourism Resort menyediakan pelbagai aktiviti melibatkan aktiviti santai dan sukan ekstrem di sungai yang sesuai untuk semua peringkat. Malahan pengunjung juga dapat merasai pengalaman mandi menggunakan sumber air sungai bersih yang berupaya memberikan kesegaran dan kekuatan kepada anda.
Selain itu juga bagi anda yang meminati sukan lasak, anda boleh merentas hutan (jungle tracking), eksplorasi gunung, mencari sumber air di atas gunung yang mengalir ke GIBS Ecotourism Resort dan menikmati flora dan fauna yang terdapat di sana. Anda juga akan diiringi oleh jurulatih yang bertauliah.
Selain menyediakan kemudahan penginapan, kursus, seminar dan aktiviti santai, pengunjung juga boleh bersantai dan menikmati buah-buahan tropika tempatan terutamanya raja buah iaitu buah durian. Di kawasan seluas 15 ekar terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang lain seperti rambutan, manggis, langsat, jambu, nangka, pisang, belimbing yang berkualiti serta pelbagai tanaman pertanian yang lain. Anda juga boleh melawat ke kawasan pertanian bagi merasai sendiri pengalaman sebenar.